dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Jerijeh, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kursus Penyediaan Microsoft Office Powerpoint Bersama Komuniti Kampung Rejang Dan Ahli Kospen Di PI, Jerijeh

07 Mei 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Mei 2017 yang lepas, seramai 12 orang peserta yang terdiri daripada komuniti Kampung Rejang dan Ahli Kospen telah menghadiri Kursus Penyediaan Microsoft Office PowerPoint di Pusat Internet 1 Malaysia, Jerijeh. Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB), Advokasi dan pengenalan mengenai Pusat Internet juga diselit sebagai informasi tambahan kepada para peserta. Ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan PI yang terdekat serta memberi pengenalan berkaitan fungsi dan kemudahan yang disediakan oleh pihak PI. Selain itu, taklimat dan video berkaitan maklumat palsu dan E-Waste turut ditayangkan semasa taklimat bagi memberi pendedahan tentang bahaya penyalahgunaan internet serta keselamatan pengguna oleh masyarakat pada hari ini.

Pada sesi kursus ini, para peserta telah ditugaskan untuk menyiapkan satu latihan Microsoft Office PowerPoint secara individu. Kemudian, 3 peserta dipilih secara rawak untuk menerangkan hasil kerja masing-masing. Ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi softskill mereka di masa akan datang. Sesi soal jawab juga turut dilakukan semasa kursus berlangsung. Kursus kali ini diharap berupaya membantu dan berguna untuk mereka pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - Semua Hakcipta Terpelihara.