dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Jerijeh, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Maklumat Komuniti

Ringkasan

Kampung Jerijeh Baru terletak di Daerah Tanjung Manis yang merupakan salah satu bahagian dalam negeri Sarawak. Perjalanan ke Kampung Jerijeh Baru mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Sibu dan 3 jam dari Sarikei melalui jalan darat dan melintasi Tanjung manis dan Rajang. Kampung Jerijeh Baru boleh juga dihubungkan melalui jalan air iaitu mengambil masa hampir 1 jam setengah dari Sarikei atau 2 jam setengah dari bandar Sibu dengan menggunakan pengangkutan air. Daerah Tanjung Manis juga dihubungkan melalui jalan udara dengan kewujudan Lapangan Terbang Tanjung Manis yang membolehkan orang luar khasnya dari Kuching untuk datang. Penduduk di kawasan ini kebanyakkanya adalah dari golongan petani dan nelayan. Lokasinya yang terletak dipesisiran pantai dan laut turut menjadikan penduduk disini bertumpu kepada sektor nelayan sebagai sumber ekonomi utama kawasan tersebut.

Populasi

Jumlah penduduk Kampung Jerijeh Baru ialah seramai 934 orang yang mana terdiri daripada 201 keluarga diikuti dengan 479 bilangan lelaki dan 455 bilangan wanita. Majoriti penduduk Kampung Jerijeh Baru berbangsa Melanau Islam diikuti Iban dan Cina. Penduduk Kampung Jerijeh Baru yang terdahulunya adalah berasal dari Kampung Jerijeh Lama dan dipindahkan ke Kampung Jerijeh Baru. Populasi Kampung Jerijeh Baru kini semakin bertambah seiring dengan peningkatan sektor pekerjaan dan peluang pekerjaan yang telah disediakan.

Parlimen

YB Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd. Wahab
Kawasan Pilihanraya : P.206 Tanjong Manis
Jawatan dalam Kabinet : Ketua Parlimen P206 Tanjong Manis
Parlimen : P206
Kawasan : Tanjung Manis
Parti : Parti Pesaka Bumiputera Bersatu – PBB (GPS)
No. Telefon : 082-574600
No. Fax : 082-573217
E-Mail : yusuf.abdwahab@gmail.com
Alamat Surat-menyurat :
Lot 303. 1st Floor,
Seksyen 9, Lorong 7,
Jalan Rubber,
93400 Kuching, Sarawak

DUN

YB Datu Haji Len Talif Salleh

YB Datu Haji Len Talif Salleh
Kawasan Pilihanraya : N.41 Kuala Rajang
Jawatan : Menteri Muda Pembangunan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar / Timbalan Pengerusi Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak
Dun : N.41 Kuala Rajang
Kawasan : Kuala Rajang
Parti : Parti Pesaka Bumiputera Bersatu – PBB (GPS)
No. Telefon (pejabat) : 082-443798
No. Fax : 082 – 443814
Alamat Surat-menyurat :
Tingkat 3,
Wisma Sumber Alam,
Jalan Stadium,
Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak.

YB Encik Abdullah bin Haji Saidol

YB Encik Abdullah bin Haji Saidol
Kawasan Pilihanraya : N.42 Semop
Jawatan : Menteri Muda Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak)
Dun : N.42
Kawasan : Semop
No. Telefon (Pejabat) : 082-311781/082-312081
No. Fax : 082 – 311921
Alamat Surat-menyurat :
Pejabat Menteri Muda (Hal Ehwal Korporat & Unit Komunikasi Awam (UKAS),
Tingkat 19,
Wisma Bapa Malaysia,
Petra Jaya, 93502, Kuching Sarawak.

JKKK

Hj Saidin B Hj Kassim
Pengerusi JKKK Daerah
No Telefon:

Penghulu / Ketua Kampung

Nama Ketua Masyarakat : En Rosli bin Mat
Jawatan : Penghulu
Bidangkuasa/Kawasan : Kampung Jerijeh Baru, Tanjung Manis

Ketua Kampung

Nama : En Madehi bin Haji Adon
Jawatan : Ketua Kampung
Bidangkuasa/Kawasan : Kampung Jerijeh Baru, Tanjung Manis
No Telefon : 019-8669712

Ketua Kampung

Nama : En Kardi bin Sidek
Jawatan : Ketua Kampung
Bidangkuasa/Kawasan : Kampung Jerijeh Baru, Tanjung Manis
No Telefon : 011-31966803

Ketua Kampung

Nama : En Bakri bin Yaman
Jawatan : Ketua Kampung
Bidangkuasa/Kawasan : Kampung Jerijeh Baru, Tanjung Manis
No Telefon : 013-7911942

Kelab Belia Kampung Belawai

Kelab Belia Kampung Belawai telah ditubuhkan pada akhir 2011 dengan peyertaan sebanyak 23 orang belia dari Kampung Belawai. Objektif penubuhan ini adalah untuk memupuk kerjasama antara belia dan agensi kerajaan dalam menganjurkan aktiviti melibatkan belia di Belawai, menggalakkan penyertaan ahli-ahli dalam program pembangunan kampung, memberi pendedahan dan pengetahuan para belia mengenai kepimpinan dan urustadbir kewangan melalui persatuan dan menggalakkan para belia menganjurkan aktiviti yang mencakupi kebudayaan, sukan, ehwal agama dan sebagainya. Penubuhan Kelab Belia Belawai (KBB) di Daerah Kecil Belawai adalah kerangka bagi menggerakkan pembangunan belia bagi tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang. Wawasan ini adalah salah satu strategi jangka panjang ke arah pembentukan belia yang berintegriti, dinamik serta mempunyai jati diri sesuai dengan iklim perubahan semasa.

Kelab Belia Kampung Jerijeh Baru

Kelab Belia Kampung Jerijeh Baru disertai seramai 41 orang belia dari Kampung Jerijeh. Tujuan kelab ini ditubuhkan adalah untuk memupuk sikap muafakat di kalangan belia dan masyarakat. Kelab ini juga ditubuhkan untuk menggalakkan para belia menganjurkan aktiviti yang melibatkan sukan, pendidikan agama dan sebagainya. Kelab ini aktif dalam melakukan pelbagai aktiviti dan program seperti bekerjasama dengan agensi kerajaan dalam menganjurkan sesebuah program. Kelab belia ini amat menggalakkan penyertaan ahli-ahli dalam program pembangunan kampung. Ahli-ahli belia kelab ini sangat proaktif dan berinovatif serta bekerjasama dengan baik sekiranya kelab ini menganjurkan program dan aktiviti. Semangat kerjasama yang diberikan setiap ahli sering mendapat pujian oleh JKKK Kampung Jerijeh Baru dan penduduk Kampung Jerijeh. Kelab ini telah diberi kepercayaan oleh penduduk Kampung Jerijeh untuk meningkatkan prestasi Kampung Jerijeh Baru demi memajukan pembangunan kampung pada masa hadapan.

Persatuan Usahawan dan Penjaja Daerah Tanjung Manis

Persatuan Usahawan dan Penjaja Daerah Tanjung Manis (PUPDTM) disertai seramai 140 orang usahawan Daerah Tanjung Manis. Persatuan ini ditubuhkan sekitar tahun 2018 dan berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). Tujuan persatuan ini ditubuhkan adalah bagi melahirkan usahawan baru serta membantu usahawan untuk meningkatkan ilmu pengatahuan dalam bidang keusahawanan melalui penyertaan program atau kursus yang ditawarkan. Selain itu, ahli persatuan turut dibantu dan dibimbing tentang kaedah untuk mendapatkan sebarang bantuan dan geran yang ditawarkan oleh kerajaan. Penglibatan usahawan dalam persatuan ini telah memberi impak positif kepada usahawan terutamanya dalam dalam mendapatkan lesen perniagaan. Persatuan ini berusaha untuk melahirkan usahawan yang berdaya maju dan mengamalkan persaingan secara sihat seterusnya mampu meningkatkan tahap ekonomi setempat

© 2014 - Semua Hakcipta Terpelihara.