dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Jerijeh, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kursus Pengurusan Keusahawanan Secara Atas Talian Fasa Ke-2 (UITM)

15 Januari 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 12 hingga 14 Januari yang lepas, Pihak NERA telah menjemput beberapa penceramah yang terdiri daripada pensyarah UITM Samarahan, Kuching bagi membimbing staf Pusat Internet zon Sibu dalam Kursus Pengurusan Keusahawanan Atas Talian Fasa ll. Program ini diadakan di Bandar Sibu dan 10 PI terlibat iaitu terdiri daripada PI Sibujaya, Jerijeh, Bawang Assan, Spaoh, Tanjung Manis, Daro, PPR Seduan Panjang, Meradong, Kpg Bandong dan juga Semop.

Program ini dilaksanakan adalah untuk membimbing para kakitangan Pusat Internet zon Sibu dalam usaha untuk meningkatkan bilangan usahawan bumiputera di kawasan masing-masing. Dalam modul yang disediakan, 3 modul yang penting adalah modul pengenalan kepada Asas Perakaunan, Pengurusan Operasi, dan Pengurusan Pemasaran. Setiap modul ini menjadi titik asas untuk membina perniagaan sendiri. Diakhir program untuk fasa 2 ini, staf PI diberi penerangan lengkap untuk menyiapkan Rancangan perniagaan masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - Semua Hakcipta Terpelihara.