dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Jerijeh, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Pengisian Permohonan UPU bersama pelajar lepasan SPM 2017

24 Mac 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Mac 2018 yang lepas, 3 peserta yang terdiri pelajar lepasan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) telah berkunjung ke Pusat Internet untuk membuat permohonan UPU. Semua peserta merupakan antara belia tempatan yang sering berkunjung ke PI Jerijeh. Kakitangan PI seterusnya memberi tunjuk ajar cara untuk memohon UPU secara atas talian. Memandangkan ini adalah kali pertama bagi mereka, para peserta meminta staf PI untuk turut membantu mereka dalam permohonan UPU masing-masing.

Staf PI juga turut menyarankan mereka untuk memastikan mereka menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu dalam portal semak.syarat UPU. Portal ini merupakan antara portal yang telah diwujudkan oleh pihak kerajaan bagi memudahkan calon SPM untuk menyemak syarat bidang yang boleh mereka ceburi di pengajian tinggi mereka nanti. Ini secara tidak langsung dapat memberikan mereka gambaran bidang mereka mengikut keputusan SPM masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - Semua Hakcipta Terpelihara.