dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Jerijeh, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Taklimat KDB (Maklumat Palsu), Advokasi (E-Waste) dan Kelas ICT (Microsoft Office Word)

23 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 22 April 2018 yang lepas, PI Jerijeh dengan telah mengadakan Kelas asas ICT Microsoft Office Word. Kelas ini telah dihadiri seramai 9 orang belia yang terdiri daripada pelajar lepasan SPM 2018. Pada kelas ini, peserta diberi penerangan tentang pengenalan Microsoft Office Word dan fungsinya secara keseluruhan. Seterusnya, peserta juga diberikan tugas untuk menghasilkan surat rasmi dengan menggunakan format surat rasmi yang betul.

Selain itu, pihak PI turut mengambil peluang ini untuk  menyampaikan taklimat ringkas KDB dan Advokasi berkaitan dengan Penyalahgunaan Internet dan E-Waste. Taklimat ringkas kempen itu diadakan untuk memberi kesedaran kepada orang awam tentang penggunaan kemudahan internet dan cara pelupusan peralatan elektronik dengan berhemah. Aktiviti soal jawab juga dilakukan pada akhir kelas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - Semua Hakcipta Terpelihara.