Pendaftaran dan kemaskini akaun permohonan mySalam

6 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Oktober 2021, 2 orang komuniti Kampung Belawai telah diajar tentang pendaftaran dan kemaskini akaun mySalam untuk mendapatkan bantuan sepanjang kuarantin disebabkan permohon adalah kontak rapat kepada pesakit Covid-19. MySalam merupakan skim perlindungan berbentuk insurans yang diberikan kepada golongan pendapatan rendah ataupun disebut sebagai golongan B40. Golongan ini layak untuk mendapatkan perlindungan kesihatan sosial melalui pendaftaran akaun mySalam disamping dapat membantu mengatasi masalah kewangan apabila menghadapi penyakit-penyakit kritikal.

Bimbingan berlangsung sekitar jam 10.00 pagi dan berlangsung selama 1 jam ini turut diselit penerangan ringkas berkenaan E-Waste dan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak SKMM supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial.

Peserta turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada sekiranya keluar rumah. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid 19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

kembali