NADIxCybersecurity: Webinar Ancaman Siber Di Tempat Awam : Card Clonning & Tracker Gadget Slot 1

11 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Oktober 2025, NADIxCybersecurity: Webinar Ancaman Siber Di Tempat Awam : Card Clonning & Tracker Gadget Slot 1 telah diadakan di NADI Kg Jerijeh. Webinar ini merupakan inisiatif kerjasama antara NADI dan Cybersecurity Malaysia di bawah program Lifelong Learning. Ia bertujuan untuk memberi kefahaman kepada peserta mengenai pelbagai bentuk serangan siber yang boleh berlaku di tempat awam, khususnya berkaitan dengan pencurian data kad dan peranti penjejak. Webinar ini berlangsung sekitar jam 3.00 petang sehingga 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali