Pendaftaran Mydigital ID
8 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 7 April 2025, sesi pendaftaran Mydigital ID telah diadakan. MyDigital ID ialah inisiatif kerajaan Malaysia yang menyediakan sistem pengenalan digital nasional untuk rakyat Malaysia. Tujuannya adalah untuk melindungi pengguna daripada penipuan dalam talian dan kecurian identiti, serta memudahkan pengesahan identiti secara dalam talian.
Dengan MyDigital ID, pengguna tidak perlu lagi mengingati pelbagai kata laluan untuk aplikasi dan portal yang berbeza; sebaliknya, hanya satu sistem pengesahan diperlukan untuk log masuk ke pelbagai platform.
MyDigital ID boleh digunakan untuk mengakses pelbagai perkhidmatan dalam talian dengan selamat dan mudah, termasuk perkhidmatan kerajaan dan sektor swasta. Ia juga menyediakan kemudahan 'single sign-on' untuk pelbagai aplikasi, menjadikannya lebih mudah bagi pengguna untuk menguruskan akaun mereka. Pada sesi pendaftaran ini, seorang peserta yang terdiri daripada pekerja swasta telah mendaftar Mydigital ID bagi memudahkan urusan mengakses aplikasi kerajaan..
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: