NADI Shield - Taklimat Penipuan Dalam Talian

23 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 22 April 2025, taklimat NADI Shield : Penipuan Dalam Talian telah diadakan di NADI Kg Jerijeh. Taklimat ini ialah program kesedaran yang dianjurkan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di bawah seliaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Program ini bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang bahaya penipuan dalam talian yang semakin berleluasa. Taklimat ini berlangsung sekitar jam 4.00 petang sehingga 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali