Bengkel Tiny Techies - Program Mentor Module HTML
27 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 26 April 2025, Bengkel Tiny Techies - Program Mentor Module HTML secara atas talian telah diadakan di NADI Kg Jerijeh. Program ini adalah inisiatif pendidikan teknologi yang dianjurkan oleh pelbagai pusat komuniti NADI di Malaysia. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan pelajar, terutamanya remaja berumur 15 hingga 17 tahun kepada asas pembangunan web menggunakan HTML (HyperText Markup Language). Program ini berlangsung sekitar jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: