Pertandingan Mobile Legends Peringkat NADI

28 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 27 April 2025, Pertandingan Mobile Legends Peringkat NADI telah diadakan di NADI Kg Jerijeh. Pertandingan Mobile Legends peringkat NADI yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merupakan sebahagian daripada inisiatif e-sukan di bawah program Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI). Program ini bertujuan untuk menggalakkan penyertaan komuniti dalam e-sukan, terutamanya dalam permainan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), serta memupuk kesedaran digital dan semangat kesukanan dalam kalangan belia tempatan. Pertandingan ini adalah tahap seleksi atau kualifikasi yang digunakan untuk menentukan tim atau pemain yang berhak melanjut ke babak berikutnya bagi mewakili NADI Kg Jerijeh ke peringkat negeri Sarawak. Pertandingan ini berlangsung sekitar jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali