BENGKEL TINY TECHIES - PROGRAM MENTOR SESI 3

28 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 27 April 2025, Bengkel Tiny Techies - Program Mentor Sesi 3 secara atas talian telah diadakan di NADI Kg Jerijeh. Program ini merupakan inisiatif pendidikan teknologi yang dianjurkan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dengan kerjasama pelbagai pihak, bertujuan untuk memperkenalkan konsep asas teknologi dan robotik kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. Program ini menekankan pembelajaran secara interaktif dan bimbingan mentor berpengalaman untuk mengasah kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran logik, penyelesaian masalah dan kerja berpasukan. Program ini berlangsung sekitar jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali