Webinar Pemasaran Digital eKelas Usahawan : AI untuk Mencipta Kandungan

3 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Julai 2025, Webinar Pemasaran Digital eKelas Usahawan : AI untuk Mencipta Kandungan secara atas talian telah diadakan di NADI Kg Jerijeh. Program ini adalah inisiatif Maxis eKelas Usahawan yang dijalankan di bawah kerjasama antara Maxis dan NADI. Program ini adalah kelas digital khas untuk usahawan yang megajar peserta cara menggunakan AI contohnya ChatGPT, Canva AI dan sebagainya untuk menghasilkan kandungan kreatif seperti teks, poster, dan video. Webinar ini berlangsung sekitar jam 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali