NADI x CyberSecurity - Keselamatan Siber dalam eSport: Lindungi Akaun dan Reputasi Anda

9 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Mac 2025, webinar NADI x CyberSecurity - Keselamatan Siber dalam eSport: Lindungi Akaun dan Reputasi Anda dalam talian telah diadakan di NADI Kg Jerijeh. Program ini merujuk kepada usaha untuk melindungi akaun, data, dan reputasi pemain serta organisasi dalam industri eSport daripada ancaman siber. Dalam dunia eSport yang semakin berkembang, pemain dan pasukan sering menjadi sasaran serangan siber seperti penggodaman akaun, penipuan, dan pencurian data peribadi. Dengan meningkatnya ketergantungan pada platform digital untuk pertandingan dan latihan, menjaga keselamatan siber menjadi sangat penting untuk memastikan pengalaman permainan yang selamat dan adil, serta melindungi integriti dan kredibiliti dalam industri ini. Taklimat ini berlangsung sekitar jam 10.00 pagi sehingga 11.30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali