Kelas Kesedaran E-Sport - Mobile Legends
10 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 9 Mac 2025, Kelas Kesedaran E-Sport - Mobile Legends telah diadakan di NADI Kg Jerijeh. Kelas ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan pemahaman pemain tentang keselamatan dalam permainan Mobile legends. Kelas ini memberi pendedahan tentang cara untuk melindungi akaun pemain, mengelakkan penipuan atau serangan siber, serta memahami etika dan tanggungjawab dalam bermain permainan secara dalam talian. Kelas ini berlangsung sekitar jam 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: