Taklimat Penggunaan Sebenarnya.my dan Chatbox AIFA

13 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Mac 2025, Taklimat Penggunaan Sebenarnya.my dan Chatbox AIFA telah diadakan untuk staf Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) secara atas talian. Sesi ini adalah untuk petugas mempelajari cara untuk melayari Sebenarnya.my dan cara menggunakan Chatbox AIFA. Portal Sebenarnya.my berfungsi sebagai pusat sehenti bagi rakyat Malaysia untuk menyemak kesahihan maklumat yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang dan lain-lain. Chatbox AIFA pula memudahkan pengguna menyemak kesahihan maklumat dengan lebih mudah dan cepat. Sesi ini berlangsung sekitar jam 11.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali