NADI x CyberSecurity - Lapor Dengan Betul Jika Anda Menjadi Mangsa Scam / Cyber Safety Vs Cyber Security / 3 Jenis Hacker
23 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22 Mac 2025, webinar NADI x CyberSecurity secara atas talian telah diadakan di NADI Kg Jerijeh. Program ini bertujuan memberi pemahaman tentang pelbagai bentuk penipuan dalam talian (scam) yang sering berlaku serta mengajar peserta cara yang betul untuk melaporkan kes scam kepada pihak berkuasa atau platform berkaitan. Tajuk seterusnya adalah Cyber Safety vs Cyber Security dimana peserta memahami perbezaan antara Cyber Safety dan Cyber Security. Tajuk yang seterusnya adalah Taklimat 3 Jenis Hacker iaitu bertujuan untuk memberi kefahaman mengenai jenis-jenis penggodam (hacker) dan peranan mereka dalam dunia keselamatan siber. Taklimat ini berlangsung sekitar jam 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: