Kelas Pensijilan - Sijil Asas Pengurusan Kejohanan e-Sukan
23 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22 Mac 2025, Kelas Pensijilan - Sijil Asas Pengurusan Kejohanan e-Sukan secara atas talian telah diadakan di NADI Kg Jerijeh. Program ini bertujuan untuk membekalkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam menganjurkan serta mengurus kejohanan e-sukan secara profesional. Melalui program ini, peserta diharapkan dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh untuk menganjurkan kejohanan e-sukan yang berjaya, sekaligus memajukan industri e-sukan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Taklimat ini berlangsung sekitar jam 9.00 pagi sehingga 9.30 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: