NADI - Nurture Dilea

23 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Mac 2025, program NADI - Nurture Dilea secara atas talian telah diadakan di NADI Kg Jerijeh. Program ini adalah inisiatif yang menawarkan pembelajaran digital kepada pelajar Tingkatan 4 dalam subjek-subjek utama seperti Matematik, Bahasa Melayu, Sejarah dan Bahasa Inggeris. Program ini bertujuan untuk memberikan bimbingan akademik yang komprehensif dan sokongan pembelajaran yang fleksibel serta efektif kepada pelajar. Sesi pada kali ini bertajuk Pengenalan Program Bimbingan Akademik. Taklimat ini berlangsung sekitar jam 2.00 petang sehingga 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali