Taklimat Kempen Internet Selamat Kluster Tanjung Manis, Matu & Daro

3 November 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 2 November 2025, NADI Kg Jerijeh dan Kluster Tanjung Manis, Matu & Daro telah mengadakan Program Taklimat Kempen Internet Selamat (KIS) bersama sekolah-sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daro. Kempen ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan menggunakan internet secara beretika, bertanggungjawab dan selamat. Program adalah anjuran Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) cawangan Bintulu dengan Kerjasama semua NADI Kluster Tanjung Manis, Matu & Daro. Kehadiran jemputan adalah wakil dari IPD Daro dan Pejabat Pendidikan Daro. Seramai 270 orang peserta telah hadir ke program ini.

Kempen seumpama ini diharap berupaya meningkatkan kesedaran mereka terhadap penggunaan teknologi pada masa kini. Program telah berlangsung dari pukul 8 pagi sehingga 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali