NADIxCybersecurity: Webinar Ancaman Siber Dalam Dunia AI
21 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 20 November 2025, NADIxCybersecurity: Webinar Ancaman Siber Dalam Dunia AI telah diadakan di NADI Kg Jerijeh. Webinar ini merupakan inisiatif kerjasama antara NADI dan Cybersecurity Malaysia di bawah program Lifelong Learning. Ia bertujuan untuk memberikan penerangan menyeluruh tentang bagaimana kecerdasan buatan (AI) membuka peluang besar kepada teknologi moden, namun pada masa yang sama membawa risiko keselamatan yang semakin kompleks. Webinar ini berlangsung sekitar jam 3.00 petang sehingga 4.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: