NADIxMAHIR - Kelas Mahir Masak

27 November 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 26 November 2025, Kelas NADIxMAHIR - Mahir Masak telah diadakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jerijeh. Kelas diadakan menggunakan aplikasi Zoom. Kelas ini adalah salah satu kursus dalam program NADI MAHIR yang memberikan pengetahuan dan kemahiran dalam penyediaan makanan dan minuman. Ia merangkumi teknik kebersihan dan keselamatan dalam penyediaan makanan, resepi masakan Barat dan Nyonya dan penyediaan roti, pastri serta pelbagai minuman gaya kafe. Kelas ini berlangsung sekitar jam 9.30 pagi sehingga jam 11.30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali