Taklimat Kempen Internet Selamat SMK Belawai
28 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 27 November 2025, NADI Kg Jerijeh & NADI Tanjung Manis dengan kerjasama MCMC telah mengadakan Program Taklimat Kempen Internet Selamat (KIS) bersama SMK Belawai. Kempen ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan menggunakan internet secara beretika, bertanggungjawab dan selamat. Program adalah anjuran Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) cawangan Bintulu dengan kerjasama NADI Kg Jerijeh dan NADI Tanjung Manis. Seramai 32 orang peserta telah hadir ke program ini.
Kempen seumpama ini diharap berupaya meningkatkan kesedaran mereka terhadap penggunaan teknologi pada masa kini. Program telah berlangsung dari pukul 8.30 pagi sehingga 10.00 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: