Taklimat Kempen Internet Selamat SMK Belawai
25 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 24 September 2025, NADI Kg Jerijeh dan NADI Tanjung Manis telah mengadakan Program Taklimat Kempen Internet Selamat (KIS) bersama pelajar SMK Belawai. Taklimat ini diadakan bagi memberi pengenalan berkaitan fungsi dan kemudahan yang disediakan oleh pihak NADI. Selain itu, taklimat ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan menggunakan internet secara beretika, bertanggungjawab dan selamat. Program ini turut diselitkan dengan pengenalan Perkhidmatan Pintar yang mengandungi 5 pillar. Program ini turut dihadiri oleh kakitangan Jabatan Penerangan Tanjung Manis.
Taklimat seperti ini diharap berupaya meningkatkan kesedaran mereka terhadap penggunaan teknologi pada masa kini. Mereka juga turut diingatkan oleh para guru supaya berhati-hati memberikan maklumat peribadi mereka ke laman sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: