NADIxCybersecurity: Webinar Lindungi Identiti Digital Anda
14 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 13 Jun 2025, NADIxCybersecurity: Webinar Lindungi Identiti Digital Anda telah diadakan di NADI Kg Jerijeh. Webinar ini merupakan inisiatif kerjasama antara NADI dan Cybersecurity Malaysia di bawah program Lifelong Learning. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran, kefahaman, dan tindakan proaktif dalam melindungi maklumat peribadi serta identiti digital seseorang ketika menggunakan internet dan perkhidmatan dalam talian. Webinar ini berlangsung sekitar jam 3.30 petang sehingga 5.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: