Tot Kempen Internet Selamat (KIS)
14 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 13 Jun 2025, Tot Kempen Internet Selamat (KIS) oleh MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) telah diadakan di NADI Kg Jerijeh. Taklimat ini merupakan satu inisiatif yang bertujuan untuk mendidik rakyat Malaysia tentang penggunaan internet yang selamat, bertanggungjawab dan beretika. Program ini adalah program latihan untuk melatih jurulatih/penceramah dalam menyampaikan maklumat berkaitan keselamatan internet kepada masyarakat. Program ini dilaksanakan oleh MCMC dengan kerjasama pelbagai agensi dan organisasi. Program ini berlangsung sekitar jam 8.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: