NADI Shield - Taklimat Lindungi Data Peribadi

16 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Mei 2025, taklimat NADI Shield : Taklimat Lindungi Data Peribadi telah diadakan di NADI Kg Jerijeh. Taklimat ini merujuk kepada satu program atau inisiatif yang bertujuan untuk memahami ancaman privasi & perlindungan data yang amat penting dalam dunia digital hari ini, terutama apabila maklumat peribadi kita disimpan dan dikendalikan oleh pelbagai sistem termasuk sektor kesihatan, kewangan, pendidikan dan media sosial. Taklimat ini berlangsung sekitar jam 4.00 petang sehingga 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali