NADIxMahir - Kelas Mahir Jahit

16 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Mei 2025, Kelas NADIxMahir - Mahir Jahit telah diadakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Jerijeh. Kelas telah diadakan menggunakan aplikasi Zoom mengikut kelas yang disediakan di portal Mahir Training System (MTS). NADIxMahir Jahit bertujuan untuk memberikan latihan dan kemahiran dalam bidang jahitan kepada komuniti setempat. Program ini direka khas untuk membantu individu yang ingin mempelajari kemahiran menjahit, sama ada untuk kegunaan sendiri, pekerjaan, atau sebagai langkah memulakan perniagaan dalam bidang jahitan. Kelas ini berlangsung sekitar jam 9.30 pagi sehingga jam 11.30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali