NADIxCybersecurity: Webinar Manipulasi Siber
19 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 17 Mei 2025, NADIxCybersecurity: Webinar Manipulasi Siber telah diadakan di NADI Kg Jerijeh. Webinar ini merupakan inisiatif kerjasama antara NADI dan Cybersecurity Malaysia di bawah program Lifelong Learning. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang taktik manipulasi psikologi yang digunakan dalam serangan kejuruteraan sosial serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil oleh individu dan organisasi. Webinar ini berlangsung sekitar jam 2.00 petang sehingga 3.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: