NADIxMAHIR - Kelas Mahir Masak Short Learning

26 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Mei 2025, Kelas NADIxMAHIR - Mahir Masak Short Learning dengan tajuk Pistachio Kunafa Brownies Viral telah diadakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Jerijeh. Kelas diadakan menggunakan aplikasi Zoom. NADIxMahir adalah inisiatif yang dilaksanakan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk memperkasakan komuniti dengan menawarkan pelbagai kursus kemahiran. Pada kelas ini, peserta telah mempelajari cara untuk membuat Pistachio Kunafa Brownies Viral. Melalui program NADIxMahir ini, diharapkan peserta dapat meningkatkan kemahiran memasak mereka dan berpotensi menjadikannya sebagai sumber pendapatan atau sekadar menambah pengetahuan dalam bidang kulinari. Kelas ini berlangsung sekitar jam 9.30 pagi sehingga jam 11.30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali