Kelas Tiny Techies - Animasi dalam Python Siri 5
16 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniPada 15 Ogos 2026, Kelas Tiny Techies - Animasi dalam Python Siri 5 secara atas talian telah diadakan di NADI Kg Jerijeh. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang konsep asas animasi menggunakan bahasa pengaturcaraan Python serta meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan kod Python untuk menghasilkan pergerakan dan animasi ringkas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: