NADIKIDSVENTURE - KIDSVENTURE LIVE WEBINAR 15 (BIJAK KEWANGAN)
25 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 25 Mei 2026, Kelas NADIKidsventure - Kidsventure Live Webinar 15 (Bijak Kewangan) telah diadakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI). Program “KIDVENTURE: Bijak Kewangan” di bawah NADI ialah webinar dan aktiviti untuk pelajar sekolah bagi belajar asas pengurusan kewangan serta keusahawanan sejak usia muda.
Antara objektif program:
• Belajar urus duit dengan bijak
• Faham asas operasi perniagaan
• Galakkan pemikiran usahawan muda
• Tingkat kesedaran tentang simpanan dan perbelanjaan
Program “KIDVENTURE: Bijak Kewangan” diadakan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai kepentingan pengurusan kewangan yang baik. Latihan Kelas ini berlangsung sekitar jam 9.00 pagi sehingga jam 11.30 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: