NADI-Care - Senaman Ceria Untuk Kanak-Kanak Obes | Gerak Sihat Tanpa Tekanan | E083

5 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 4 April 2026, sesi Senaman Ceria Untuk Kanak-Kanak Obes | Gerak Sihat Tanpa Tekanan telah diadakan di NADI Kg Jerijeh. Program ini bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak, khususnya yang menghadapi isu berat badan berlebihan, supaya mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal yang menyeronokkan dan tanpa tekanan. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti senam ringan, permainan interaktif, dan aktiviti berkumpulan yang mampu meningkatkan kecergasan fizikal serta keyakinan diri peserta. Kehadiran program ini adalah terdiri daripada dua orang pelajar sekolah Menangah SMK Belawai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali