NADIxCybersecurity: Capture The Flag - Wildcard
6 September 2026 | Aktiviti TerkiniPada 5 September 2026, NADIxCybersecurity: Webinar Capture The Flag - Wildcard telah diadakan di NADI Kg Jerijeh. Webinar ini merupakan inisiatif kerjasama antara NADI dan Cybersecurity Malaysia di bawah program Lifelong Learning. Ia bertujuan untuk memperkenalkan konsep Cyber Security Capture The Flag serta peranannya dalam meningkatkan kemahiran dan kesedaran keselamatan siber. Webinar ini berlangsung sekitar jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: